Rabu, 13 Mac 2013

SAYA SENTIASA YAKIN KEPADA KERAJAAN BN....!!!



 


 Isu Lynas tak jejas pelaburan di MCKIP

Kuala Lumpur: China percaya kewujudan Loji Lynas Advanced Materials (LAMP) tidak akan menjejaskan pelaburan dan perdagangannya di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), kata duta besar negara itu ke Malaysia, Datuk Chai Xi.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa berdasarkan kajian profesional dan pakar, operasi loji itu tidak akan menjejaskan alam sekitar.

Kerajaan Malaysia memiliki 51 peratus pegangan saham, manakala baki sebanyak 41 peratus lagi menjadi milik negara kami.

Kerajaan China menjangkakan ia akan memberi pulangan yang amat signifikan kepada pertumbuhan ekonomi serantau berdasarkan kedudukannya yang strategik, katanya pada sidang media di sini, semalam.
LAMP terletak berdekatan dengan cadangan MCKIP seluas 607 hektar di Gebeng, Kuantan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurut laporan, MCKIP dijangka menarik pelaburan hampir RM7 bilion dan mewujudkan 5,500 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan apabila siap sepenuhnya menjelang 2020.
 
Chai berkata, lawatan pemimpin China dari 4 hingga 7 Februari ini akan diketuai oleh Pengerusi Persidangan Rundingan Politik Rakyat China (CCPC), Jia Qinglin.

Ia adalah lawatan kali pertama beliau ke negara ini selepas Kongres Nasional Parti Komunis China ke-18.
 
Disunting Dari Berita Harian. 30/1/2013

Benarkah seperti diperkatakan Tun M???

Add caption


Terima Kasih Kerajaan Malaysia.....